Thursday, 30 June 2011

panduan membina blog

1) pergi ke Google.com dan daftarkan akaun gmail ( create an account) , kemudian daftar masuk (sign in with your google account )


2) daftar masuk  blogger


3) daftar blog jika tiada akaun gmail



4) namakan blog pada ruang kosong yang tertera


5) pilih latar atau template yang diinginkan

6) blog dah siap . ok, boleh mula blogging.

7) edit user profile - mengisi maklumat peribadi ( emel , nama , dan lain2)





8) edit user profile - muatnaik gambar , harijadi , minat dan lain2.. jangan lupa "save" lepas "edit".



9) ke "design" untuk menambah atau menyusun gadget pada "page element"

10) untuk mengubah latar belakang blog , klik "design" , "template designer" dan boleh ubah apa yang diinginkan..




11) dashboard --> new post , untuk menulis entri baru .
  • title - tulis tajuk
  • taip dan "publish post" setelah selesai menulis atau "preview" sebelum menerbitkan catatan

 12) lihat post setelah siap menaip entri. dan siappppp. :)

[klik gambar untuk paparan yang lebih jelas]

Integrasi internet dalam pendidikan

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 
Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
·         E – mail (Mel Eletronik)
·         Laman Web (WWW)
·         Internet Relay Chat (IRC)
·         Telnet
·         Kumpulan Diskusi dan Berita
·         File Transfer Protocal (FTP)
Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
  • Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
  • Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
  • Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
  • Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
  • Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
  • Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
  • Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
  • Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
  • Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
  • Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
  • Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi

Wednesday, 29 June 2011

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.


Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran


  Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
  Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
  Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
  Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,mendengar atau menyentuh.
  Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruhdan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
  Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihatdan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
  Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
  Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
  Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid.Kejadianyang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan merekaseolah-olah mereka mengalaminya.

Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran


  Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikanpengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
  Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
  Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
     sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
     semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
     selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
  Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
  Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama 
ada:
    - pengenalan topik
    - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
    - penutup dan kesimpulan topik pelajaran
    - penilaian kefahaman terhadap topik
  Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran
  Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
  Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
  Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.

Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik


  Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran.
Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan
  Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.
  Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.
  Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
  Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Tuesday, 28 June 2011

PPG PJJ Kohort 1 (UUM)

UUM SINTOK





learningzone UUM

Klik SINI untuk layari blog Encik Hasnan Hassan terutama kepada pelajar PPG PJJ Kohort 1

Monday, 27 June 2011

kepentingan ilmu


Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan
engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta
terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila dibelanjakan.

-Saidina Ali bin Abi Talib